Friday, January 26, 2007

malu kah aku?

Princess Lolwahlah (klu tak silap..), Puteri Arab, di dalam World Economic Forum yang tgh berlangsung menyatakan penghargaan nya bahawa Malaysia adalah negara yang paling hampir dalam mengamalkan ajaran Rasulullah berbanding negara2 lain.

Tapi aku malu & sedih teramat bila terdengar kata2 itu keluar dari mulut nya...Ya, dia tidak tinggal & merasai sendiri kehidupan di negara kita ni..Dengan sebab itu banyak perkara yang mungkin tidak diketahui nya..

Kes pembunuhan...banyak kann..

Kes rogol...satu keluarga?dah biasa la tu..

Kes pecah amanah..dalam pengurusan nak tunaikan rukun islam ke lima pun ada...

Lambakan hiburan...nampak gaya macam 'muslim'-malaysia la jaguh nya...kan?hebat.

Macam2 la lagi..letih la nak senaraikan 'amalan' masyarakat kita nih..

Tapi aku lebih malu & sangat sedih bila terbaca pertelingkahan yang nampaknya dah lama berlanjutan dalam laman ni & yg lain2....apa nama muslim & muslimah mcm ni? agak nya ini la 'amalan' kita di msia?di uia? bukan begitu?

Apa yang segelintir dari kalian nampak hanya lah engkau-kumpulan-itu, aku-kumpulan-ini. aku-betul, kau-fitnah, kau-tipu-identiti, aku-mana-mungkin-pernah-tipu-identiti... macam2 lagi...apakah agak nya tujuan asal blog ni diadakan..?mungkin utk berkongsi maklumat, tapi akhirnya,kini?tempat saling bertelingkah, memfitnah, menyampaikan maklumat yang entah betul entah tidak. Diletak satu post, dibalas satu hinaan, dibalas pula dengan kutukan, dia kata kau, kau kata dia. Keluar pula ayat yang berfalsafah..di balas pula satu falsafah yang lain..
guna nickname tak betul..di balas nya "What a name. Know the meaning? Do you think it’s appropriate for a Muslim to use, eventhough it’s only a nickname? Without knowing it, you’re glorifying the act of suicide"
Keluar pula ayat 'mat saleh'..di balas pula tak tahu berbahasa 'mat saleh'...katanya.."sucks man.." Belajar kat uia la tu sucks2 ni..Tahniah.sedar tak?

sucks.

"What a word. Know the meaning? Do you think it’s appropriate for a Muslim to use, eventhough it’s only a word? Without knowing it, you’re glorifying the act of using bad words as a muslim."

Mungkin itu yang patut dibalas kamikaze kepada lalala..

bukan begitu?

hmm..

Bukan ini kah tujuan blog ni diteruskan dengan hati yang 'tenang' agar dapat digunakan mutiara2 ilmu di taman ilmu & budi ini?

Hm?

tapi..nampaknya mcm tapak pertukaran kata2 nista...

Jikalau peperiksaan itu satu keperluan...sejauh mana kita tumpukan pada keperluan itu? berbanding dengan hal yang panas & seronok kita telingkahkan dalam blog ini & diluar kehidupan sana & yang sentiasa bermain dalam fikiran kita setiap hari?jangan kata tak ada..saban hari kita menunggu untuk melihat apakah yang akan berlaku dengan HO...src..revo..wufi...poster..macam2..bukan begitu?

sibuklah pula kita mengatakan dia tak layak memegang pimpinan kerana lihatlah apa yang berlaku bertahun2 dulu, tiada hasil pimpinan mereka..itu yang kita nak cungkilkan.apa bagus kita?kenapa tidak cuba masuk dalam pimpinan itu & cuba tegakkan apa yang benar?tak layak?sendiri jawab.

Tapi, yang dah masuk pun dulu2 tak semestinya ada yang bagus kalau tumpuan bukan 100% pada kepentingan & keperluan pelajar. Tapi sibuk dengan pimpinan tahun ini pimpinan-group-aku.apa bagus begitu?


ada doa yang tercatat dalam laman ini...


Doa dari Tanah Haram
"Ya Allah, mudahkanlah urusan dan berikanlah kemenangan untuk mereka yang ingin memperjuangkan Islam (khasnya di UIA), Ikhlaskan hati mereka, Tepatkan gerak kerja mereka, Berikan mereka kefahaman dan kekuatan untuk tegakkan al-Qur'an dan as-Sunnah, Ampunkan dosa mereka... Amin Ya Rabbal 'Alamiin"


Jika benar ingin hati dibersihkan..

Jika benar ingin mendapatkan kekuatan al-quran & as-sunnah...

Perlu kah lagi laman blog ini untuk diteruskan jika saban hari terus menerus telingkah kita sesama saudara..(konon nya lah kan..)..tujuan asal laman ni nampaknya dah tak ditepati dengan apa yang berlaku kini..
Sudah menjadi tapak hasad dengki, tapak hentam menghentam, tapak entah apa lagi..mahu berkomunikasi menyampaikan islam? adakah ini caranya...?

sebagai mata yang memerhati? perhatikan laman ini dengan mata hati kita..adakah kita yang paling hampir dalam mengamalkan ajaran Rasulullah?dalam laman ini?? Aku malu....

Jika dulu tujuan nya sebagai mata yang memerhati, tapi kini, masih memerhati, tetapi, disertakan pula komentar2 yang sinis, menghentam, mengutuk, mencaci..dibalas, juga dgn kata2 yang sama statusnya dengan komentar awalnya..sudah lebih buruknya dari baiknya laman ini..apa perlu lagi? teruskan..?siapa agaknya yang akan menanggung segala 'hasil2 perbincangan' dari laman ini kelak?

'Perlu diteruskan..'

kenapa?

'kerana hendak membetulkan salah faham..'kerana hendak menegakkan yang benar..'

benar kah kita? atau benarkah kita yang memberikan komentar2 ini??siapa yang benar??

Sakit mata membaca...ya..tiada sapa memaksa untuk membaca...tapi ingin aku lihat,rupanya, inilah masyarakat muslim uia kita.."sibuk". sedangkan ada segelintir yang rumahnya terbakar hancur, siapa ambil tahu? ada segelintir makan mee segera setiap hari kerana wang tiada menganggung buku & alatan2 pelajaran siapa ambil tahu?ada yang baru kematian..siapa ambil tahu?sibuk lah kita ambil tahu src-group-aku, src-group-kau...

aku malu..kenapa? kerana aku tahu aku tidak sempurna...tapi aku juga malu kerana rupanya inilah 'masyarakat msia yang paling hampir dalam mengamalkan ajaran Rasulullah...'

di msia? di uia?inilah agaknya gambaran keaadaannya..

dan masih 'seronok' diperjuangkan di dalam laman ini nampaknya..

bukan begitu?

jika benar ingin menjaga perhubungan dengan hati yang bersih..tetap kan hati pada al-quran, di situ terletak jawapan. bukan dengan pertelingkahan sebegini sahabat..keburukan ternyata kini melebihi kebaikan..keburukan betapa diri kita menyukai pertelingkahan ini berterusan..teruskan..jika itu yang kamu dambakan..

*ambillah masa mu untuk membalas komentar ini..kerana bukankah ITU TUJUAN laman ini diadakan..?

'Tahniah'. Teruskan dengan balasan mu.